klik..klik..

29 September, 2015

Tq Nuffnang!!

Assalamualaikum....

Semalam 28/9/2015 ada 2 dr nuffnang..jadi la drpd xder langsung..hahahaha....


28 September, 2015

Homestay Garden City

Assalamualaikum...

Weekend lepas ada jemputan di Batu Berendam melaka...sedara tu buat korban..menghabiskan sisa2 cuti sekolah..makanya tempahla kami 1 homestay ni..

Terletak di Garden City,Jalan Merdeka,Melaka.Tak sampai 5minit nak ke Bandar Hilir, memang dekat sangat.

Homestay ni mengadap pool,tingkat 6.Ni pandangan pada waktu malam.pool ni bukak dr jam 9.30am - 10malam.Tempat bole la bersih d jaga rapi.

Kami menempah yg 3bilik, 2bilik air.2bilik ada ekon,1bilik tiada.Bole la untuk menginap semalam.Menurut tuan empunya kalau amik 2 malam ada diskaun.Berapa rm tu x tau la pulak kan..Bole la agak selesa,parking pun senang.lif pun senang cuma x bole la ramai2...sbb lif x brapa nak besar kan..

Yang ni jenis 2 bilik..1 bilik tu ada 3 katil.1bilik berekon.Untuk yang berminat dengan homestay ni bole contact owner ni.. 

JOM BERCUTI KE MELAKA.

Lokasi 1
Garden City Bandar Hilir Melaka.
Lima minit ke dataran pahlawan
Lima minit ke bangunan bersejarah A Famosa
Best ada  kolam renang!!!!!!
Sesuai untuk bapa budak dan anak2
dari 7.00 pagi hingga 10.00mlm
Dua kondo sebelah menyebelah
Kondo tiga bilik
Kondo dua bilik
Astro njoi
Perkakasan rumah yang lengkap...

Lokasi 2
Kota Laksamana Melaka.
Astro njoi
Tiga bilik sepenuhnya berhawa dingin
Lima minit ke Hard Rock cafe melaka.
Lima minit ke Jonker Walk.
Lima minit ke Bangunan Merah.
Sepuluh minit ke Taming Sari

Lokasi 3
Prmatang Duyung Melaka.
Astro njoi
Tiga bilik sepenuh berhawa dingin
Dekat dengan perigi hang tuah melaka...
10 minit ke bandar melaka
Kepuasan anda matlamat kami...
Talian dan watsup





Sekian....



25 September, 2015

Sepetang dengan Addina.

Assalamualaikum....

Nampak betul adik ni kebosanan sorang2 kt umah.Abang Addin dengan kakak Adinda dah ikut paksu dia balik JB.Tinggal adik dengan abang Adam,tapi  macam biasa la abang Adam dia berkepit jek dgn atuk..sampai atuk pg kerja pun dia ikut...

Ok la dik...jum mama n papa bawak adik p tasik kita bagi fish makan ea..

Sonok adik bila dia tengok masuk parking tasik..kekeke...


Jinak betul burung tu sekarang...

Mintak papa sket mamam ikan katanya..




Gemuk2 ikan kt sini..hari2 orang ramai kasi makan..lapar semedang ikan2 tu...

Mcm bosan dh bagi ikan makan...dh selalu tgk mcm jemu kan dik...

Burung pulak dia bg makan,makan jugak burung2 tu..

Ok...jum la balik dik....

Oh nak singgah sini dulu...


Dah berani adik sekarang....ok cukup 5x jom balik..hahaha....


Nanti kita dtg lagik...

18 September, 2015

Tq Zalora.

Assalamualaikum...

Last 2week x silap..zalora ada bagi keje sket kt aku suh siapkan.Ok alhamdulilah dah selesai semuanya...makanya zalora bagi ler aku voucher...

Lepas dpt code voucher dr sehari ke sehari nak tgk website dia x sempat2...semalam kt setengah ari tengok apa la yg nak d tebus..

Tanya papa nak apa..dia jawap suka hati la..dia ikut ajer..oh teringat sling bag papa  yg d dok isi segala khazanah dia dlm tu x berganti lagi..makanya....

Ku pilihla sling beg ni...sampai2 papa kata mak ai besarnya..dia cakap besar mcm hbag mama jek,hahaha..aku nengok ok jek ..tapi papa kata ok jek..mmmm..x tau la kan "ok" terpaksa ke apa..hahaha..tapi dh tanya nak tukar x?zalora bole tukar kan..dia kata x payah ok jek..kalau ok,ok la jugak mama..hahaha..ok pa..harap2 suka la yerp...next time kita redeem lain plak..kekekeke..

Terima kasih Zalora, nanti bagi lagik.....😆😆😆

Crocs Clearance Sale...

Assalamualaikum....

Acaner leh bawak kanak2 gegurl pg sini..sambil lalu singgah jap la...

Aaaa..hai....harga ikt pada banner ya...

Yg ni kan sedap tau pakai...mama beli lagik 1 untuk mama..tapi kali ni amik yg ada heel sket..sebelah tu...hihihi....




Untuk mickey n minnie tu...size besar tau..kanak2 4-5y keatas bole la..utk bawah 4y xder size mereka..kalau yg pink hijau biru tu ada...

Oh dinda kenan yg ni...mama mcm x kenan warna dia..sbb yg pattern mcm ni mama dh tgk cantik warna merah n biru.Tapi tadi merah xder..biru ada...

Mcm cantik jek yg atas ni...belikan 1 untuk papa...biasa beli crocs,jadi mmg tau la size papa..hiksss...


Selipar atas ni pun cun...belikan jugak la untuk papa..warna oreng tapak biru..hiksss...wah papa banyaknya sandal..xper la bukan org lain pun kan..hehehehe...

Ni jek hasil belian...mama n papa jek yg dpt kekekeke....papa,harap2 muat la ea.....


Mekaseh adik ngan kakak..berhati2 sungguh ikt mama..hehehehe...

Pada yg minat crocs tu bole la pg..last sampai 20hb ini yer....


16 September, 2015

Restoran Asam Pedas JR

Assalamualaikum...


Bila jalan2 Melaka area bandar hilir / tanming sari biasa x tgk kedai ni??Kedai ni kedai sepupu ku yg join dgn abang ipar dia..kalau ke Melaka jemputlah ke kedai ini.Ada 3 x silap area Bandar hilir yg berdekatan dgn Tanming Sari ni.


Kedai betul2 depan jalan besar,bersebelahan demgan Pahlawan Walk ni..Kedai ni bukak jam 1tgh ari tau...kalau nak cepat dalam 12.45pm tu dh bole sampai dah.


Masa kami sampai tu awal lagik, dalam 12.15pm,maka berjalan la kejap dalam kedai2 tu..staff2 JR tgh nak setting n susun lauk2 yang dh siap.

Ni antara menu yg sempat ku order dan snap..





Asam pedas udang galah...memang best dan sedap!!

Telur ikan..ku mintak gorengkan ajer,makan ratah mcm tu pun sedap ajernya yer...menternak kolestrol betul lah!

Memamg kenyang sangat la pd hari tu...hikssss....siapa2 ke melaka,bole la cuba nanti..ikan masak asam pedas pun ada bermacam2 jenis ikan..nanti sila la..sila yer....😆😆😆

Ni hasil belian masa jalan2 kt dalam tu sementara tunggu kedai dh bole amik order berbelanja kami sket kt dalam tu...tup2..adik sepupu tu belanja kt kita....terima kasih beah...tip top sungguh layanan untuk kami...empuk2 durian tu sangat sedap aih!!

13 September, 2015

Walimatulurus Ubai & Fatin.

Assalamualaikum...

Semalam majlis perkahwinan anak sepupu ku...di Kl belah lelaki..perempuan ari tu d Gambang.Alhamdulilah cuaca agak baik semalam,cuma nya jerebu jek agak tebal sket petang tu.

Pelamin Ubai & Fatin. Cantik simple, x sarat marat...

"Mama,dinda nak amik gambar kt sini lah"... Ok ok...

Sini pun sama.....


Si ubai ni bole keluar sekejap sebelum nak berarak..nha mai la kejap kita selpiaq...gagah perkasa pengantin lelaki kita...

Bersama mak sedara pengantin lelaki ni...

Bergambar bersama mak,pak sedara dan sepupu2...ni sikit jek ni..ada lagik belom sampai..

Seronok 2 orang ni dapat telan ice cream ajer...

Pengantin dah masuk..senyum lebaq ya ubai & fatin..kekekeke....


Sama cantik..sama padan...gagah perkasa dan slim melim.....

Pengantin berarak ke dalam di sambut dengan selawat dari kumpulan Rabbani.sungguh merdu suara2 mereka.

Ok sampai terus makan dulu,kasi kenyang2..kang nak melayan orang bergambo lagi kan..air pun biru sama.

Ok sessi memotong kek..adinda time ni dia tergedik2,dia kata dia nak potong kek tu..tapi mama kena nyanyi lagu bday to u untuk dinda..hahaha haruuu dinda neh..

Sementara pengantin makan dan potong kek rabbani buat persembahan..makanya ke atas la kejap adinda sama addina..hehe adik malu2...abang2??mereka jumpe sepupu sepapat mak pak sedara yg kenal mmg xder la nak dok diam saja..



Ada jemputan jugak untuk anak2 yatim..dalam 20 orang rasanya..comey2 jek mereka makan dok dendiam..opah yg duduk berdekatan dengan mereka bagi duit setiap seorang....

Sessi bergambar..pengantin bersama ibu dan bapa pengantin lelaki..muda mudi sepupu ku ini..hihihihik..

Bersama ibu dan bapa pengantin perempuan..sporting jek!

X silap ni adik beradik pengantin perempuan kan..

Orang sibuk bergambar,dia sibuk dengan stroller kakak..kakak dapat kawan..ntah sapa2 main la sekitar tu....

Sebahagian keluarga dari pihak pengantin lelaki..ni pengantin bersama mak pak sedara mereka dan atuk & opah2 mereka..

Ok kita ber2 jek la dik..kakak ngn abang mereka ada geng..x peduli dh..bgambar sama pengantin...

Ya ampun terlindung mama..kakakaakak..

Kesian baby ni..terdampar kt situ...mak nya dh mengantuk kepenatan..ada jek yg x kena..kekeke..

Masa nak balik kan..kat luar ada mamat ni..dia cakap gini.. "Siapa nak amik gambar cepat amik x payah bayar pun.."kekekeke.. Pastu ku tanya dia.."awak dari mana nak ke mana?"
Dia jawap "saya nak pg tv3 ni..ada shooting tv untuk merdeka nanti 16sept.." Oh..sorang jek ke? "X la ada lagik kawan2 lain kt kedai mamak tu tengah makan"..hiksssss...pastu amik gambar dia balik la...x sempat nak tanya lebey.. Bila letak kt pesbuk..ada komen kata dia ni org pemes sg penchala, dan dia x bp sigat sket..oh al kisah...

Semangat merdeka dia nampak sangat..semoga dia beroleh kesejahteraan di dunia dan d akhirat....


"Selamat Pengantin Baru Ubai & Fatin"

SILA TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI YER.... :):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Text Select - Hello Kitty

background