Assalamualaikum...
Minggu lepas aku berpeluang mendapat jemputan untuk rawatan muka dan pelangsingan badan di mayfair...jom layan pengalaman yg aku lalui... Hikssss...
Korang pernah dgr kan mayfair??
Mayfair ni merupakan pusat pelangsingan badan,muka dan pusat spa yg terkenal dan telah mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman.Sejajar dengan itu,mayfair juga menggunakan pelbagai jenis teknologi mesin yang canggih - canggih, yg jarang kita nampak di luar sana, di samping beauty therapist yg terlatih.
Inilah dia Mayfair..terletak di Beauty Hall Level 7,Pavillion. Kalau korang ke sana..naik lift tekan no 6.Lepas tu baru la naik escalator ke Beauty Hall ni.level 7 hanya Beauty Hall sahaja. Sampai jek sana dh ada yg menyambut..
Sampai jek aku terus dihidangkan secawan teh.Sedap jugak teh dia..hehehehe...
Ini form akan diisikan oleh Beauty Consultant..mereka akan ukur setiap inchi dan scan untuk analisis kulit kita jenis yg macamana.
Harap maklom..kt screen tu bukan muka aku yea..kekekeke
Oh!! Serammnya aku tgk gambar ni..hahaha...Nha ini baru scan muka aku... Beauty consultant tu cakap..muka aku kurang air..sekarang bekas jerawat semakin baik,tapi memerlukan lagi rawatan yg mendalam,sebab muka aku kering.Kalau aku stop menggunakan sunblock,kemungkinan besar jeragat akan keluar lebih banyak lagik.Sekarang jeragat aku masih di lapisan dalam, x nampak lagik di luar kulit.yg ni gambar di lapisan dalam.kalau x rawat akan keluar dgn cepat..lain2 ada sedikit black head & white head.Oh my muka!!
Lepas tu Beauty Therapist pulak amik alih.Beauty Therapist aku pada hari itu ialah Yumi Lee nama dia.lembut sangat orangnya,tapi sekali dia massage aku perghhhh..mmg sedap la rs nak tertido2...Yumi amik ukuran ketinggian dulu...ketinggian aku adalah 155cm. Rendah mak... Kekekekeke...
Ni yang malu nak cakap neh...hahaha...berat aku adalah 78kg...kussss semangat....selepas kahwin menjadik2 kenaikan berat badan aku aih...semakin menjadik2 lepas dh beranak 4 ni...oh!! Seramnnya tgk dan dengar khen....
Di sini la rawatan akan dilakukan..bilik ni sejuk,wangi,romantic dgn alunan music serta kicauan bunyi burung2 dan deruan air sungai..
Selepas itu bermula la rawatan yg ditawarkan untuk aku..Rawatan yg perlu aku amik ialah Perfect skin namanya.Rawatan ini sesuai la dgn muka ku yg kering,kurang air dan sensitif.Guna mesin ni x sakit pun..
Amik ko selambak muka...kekekeke..
Mulanya therapist akan sapu serum pada muka,pastu dia akan urut2 muka dgn alat yg d gunakan ni..bagi menaikkan semula muscle pada pipi kita.
Lepas tu therapist sapukan masker pulak..sejuk aih..kena la tunggu dalam 30minit..terlelap la kejap kan....
Lepas tu mmg terasa muka fresh gitu.ye la selama ari ni bt facial pun mana der pakai mesin2 canggih ni kan..
Lepas buat facial..kita layan pulak body treatment...
Rawatan pertama untuk body treatment ialah menggunakan mesin namanya Vibe Kinetic Theraphy ( KVT ). Memula kena la tukar baju dia kan..lepas tu therapist akan bawak kita ke bilik ini. Sampai sini therapist akan terangkan fungsi mesin ni..mula2 kena berdiri atas mesin ni,lepas tu mesin akan di on kan, maka menyala la lampu merah infrared yg mana bertindak akan memanaskan badan kita.Masa bergegar tu huhhhhh..aku memang terasa la kegegarannya..dengan tiba2 aku rs nam terkencing..gatal sana sini...nak garu2 pun ada.hahaha..mesin ni mampu membakar kalori sebanyak 500 kalori dgn hanya 10 minit gegaran..lepas turun dr mesin ni terus aku ke toilet kencing.kekekeke...
Mesin ini namanya Slim Master..aku mintak buat kt perut..nanti therapist tu akan sapu serum pada perut..sejuk wei..pastu dia tekan2 la kt perut aku tu..katanya bole reshape body..lepas tu kena vacuum pulak..vacuum tu berupaya memecahkan lemak kita, hasilnya perut akan lebih tegang.canggih tau mesin ni..1 mesin ni dia bole fungsi 2 benda..Nama treatment ini Intensive Frequency Theraphy.
Gambar masa bt perut aku amik utk koleksi sendiri jek la..hikssss...lepas tu proses wrapping 1 badan untuk kita masuk ke hot blanket.
Aktiviti seterusnya ialah CLA Chilli Slimming namanya. Badan aku akan dilumur dgn 1 cream warna pink yg baunha memang bau chilli.Ianya bertujuan untuk merangsang proses pemecahan lemak di badan.Lepas dah lumur satu badan,badan aku akan dinbalut dgn pelatik pulak.Balut kaw2 punya ketat.Lepas tu baru la akubbaring dan di tutup dengan hot blanket.Kena duduk dalam selimut panas ni selama 30 minit.Tapi aku 20minit dh berpeluh2. Selimut panas ni berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah,melegakan otot serta mengurangka water retention.. Toksid2 dalam badan jugak akan keluar melalui air kencing.
Ni antara award yg pernah mayfair dapat....
Gitu la ceritanya.....
Selepas selesai semua,aku di timbang semula..wow ada la 2kg kurang..2 kg..nak percaya atau tidak cuba sendiri pergi tengok dalam rancangan impian anggun..Aku angat2 berpuashati dengan mayfair punya treatment ni..dia punya therapist pun sangat profesional dan terlatih tau...
Korang pg la like Impian Anggun punya FB tu...
tahu x apa itu Impian Anggun?
Impian Anggun, sebuah
rancangan realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair,
menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan
mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline
sejak tahun 2008.
Kini, Impian Anggun
merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu
mengembalikan keyakinan diri anda dengan menyelesaikan masalah berat badan
serta kulit anda.
Banyak tips2 serta informasi yang telah ditawarkan oleh Impian Anggun.
Di dalam bulan June ini, Mayfair ada buat promosi bagi treatment2 yg ditawarkan ini.
ataupun, korang bole dapatkan rawatan percuma ini dengan 2 langkah ;
1. Follow dan Like Website serta Facebook Impian Anggun. :
2. Komen kat entry ni ' I want Free Trial from Mayfair because/ Saya mahukan rawatan percuma dari MayFair kerana ....'
Tinggal kan sekali nama, no hp dan email korang. Senang Mayfair nak contact nanti. Cepat, komen sebelum 19 June 2015 untuk merasai rawatan eksklusif Mayfair ni. 10 orang je tau yang akan dapat!! Ingat 10 orang sahaja yg akan mereka pilih...
nha!! apa di tunggu2 lagik....cepat2 la pergi like Facebook Impian Anggun tu. Mayfair nak bg free trial jek neh.. hiksssss....
Ni nha Fb Impian Anggun..
Selamat memanjakan diri di May Fair....
Sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen sekarang!! ☺️☺️☺️