22 August, 2016

Mama & Aaryan

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Hari ni pagi2 jam 9 mama p temankan aaryan sama mommy ke klinik.Aaryan demam pulak...rupanya tekak aaryan merah....

Stay cool Aaryan ni...tapi moody td sebab mengantuk.......

10 August, 2016

Mencandat Sotong 2016

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه


Kuala Chendering, Terengganu....

Petang selepas Asar,bermula kami untuk berangkat mencandat,mama bawak 2 boys ni.Ni dh x sabar2 ni.Dijangka pulang keesokkannya jam 7pagi.








Masa ni ombak agak kuat,dengan angin..memang terhuyung hayang la kami.Menjerit2 jugak lah.hahahha...bukan per terbayang bot terbalik jek...seriuss mmg senget2..


Belum maghrib pakngah dh dpt pun sotong nya...pakngah 1st time pergi ni.Sebab thn lepas pak ngah x dpt pg.cik mia mengandung.kekekeke..alhamdulilah pak ngah cool..xdak mabok2..muntah2 macam mama..

Jernih kan?sotong naik ke darat dia transparent mcm ni,nampak segala dalam perut dia..sangat cantik!! sungguh indah ciptaan allah s.w.t.

Lepas maghrib papa pulak dapat sotong,sapa lagi kalau bukan mama tukang bukak kan pd mata kail.besar jugak ari tu..tapi keadaan cucaca mcm nak hujan,ada la hujan sekejap..

terlelap sudah...

sotong selepas beberapa jam dia akan bertukar warna,begini lah.

Taraaa!! ni la hasil kami pada malam tu,balik awal jugak,sebab ramai yg mabuk dan muntah2..tambahan mcm cucaca x bp nak cun.Ombak pun mcm kuat jek.mama pulak 3-4 kali muntah2.Adam addin yg x pernah muntah pun muntah hari tu.papa pun sama,Ombak kuat sangat kot..masing2 mabuk pening.



Ini bukan dapat masa mencandat yer,ini kami beli di Jetty,masa pagi2 nelayan sampai kt jeti tu.Terus kejar mereka.hahhaha..Tuka tu!! sangat sedap hokeh!!

Kesukaan dia la hadap binatang2 gini..

Balik tu,malam ke2 apa lagik..berbbq la kami..atuk & papa tukang bakarkan..sedap manis semua ada...pic x sempat snap,ingt lagi masa tu addina merengek2..tiba2 demam..

Papa & kids, Inshallah next year kami nak pergi lagik.mama??belum pasti nak pergi ke x.hiksss... 2x pergi keadaan tetap sama mabuk muntah2..

08 August, 2016

Rumah Tumpangan Mak Teh (Mencandat Sotong)

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Harapnya idak la basi lagi cerita pasal mencandat sotong kami pada April lalu.Masih lagi di tahun 2016 kan xper lah..Ni nak cerita pasal kami pergi mencandat ari tuh.Sebelum tu mama cerita dulu pasal rumah tumpangan yang kami menginap sepanjang di Terengganu.Meh tgk meh....



Inilah rumah yg kami menginap.Kebetulan ari tu umah ni baru siap,jadi kami la kot org pertama yang menginap, 2 tingkat bawah 1 bilik, atas ada 3 bilik.bawah bilik berekon,atas 2 bilik sahaja yang berekon.sangat selesa okeh..

tengok tempat barbeque pun macam bari lagi belum pernah guna,kami la rasmikan ni..

mempunyai kawasan yg lapang, x risau kalau nak parking kereta.



Pandangan dr atas umah kami menginap.

x Sempat amik gambar dalam umah,selain rumah 2 tingkat ni,mak teh ada jugak rumah yg untuk 2 orang - 4 orang.Sebelum pergi elok la booking 6bulan awal yer.Kalau x penuh.Sebab rumah ni dekat sangat dgn jetty untuk kita pergi mencandat.Jeti Kuala Chendering.

untuk sebarang pertanyaan, boleh tgk name card d atas tu..bole buat booking sesiap..



continue, aktiviti mencandat...

SILA TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI YER.... :):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Text Select - Hello Kitty

background