26 April, 2017

Karnival Saudagar Seni

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه  
Weekend lepas kt Bandar Tun Hussein Onn ada buat Karnival Saudagar Seni.Adala org meniaga2 aktiviti2 anjuran Saudagar Seni ni..
Sampai2 terus tuju ke sini...apa lagi..nampak benar budak bandar jakun sangat... ☺️☺️☺️


Nak bagi makan..tapi takut2...


Si addin memang berani sikit.. si adam berani2 takut....

Angsa ni kalau la bole bercakap.... mesti dia rimas dengan 4 org tu..haha..masa kami sampai org x ramai lagi..makanya budak 4 org ni la sakan....kata budak yang jaga tu angsa ni bole di pegang dan d peluk2. Dia x agresif pun..tapi budak 4 org semua xnak.

Ada ayam,kambing,angsa dan arnab.





Lama jugak la kt dalam ni.. dh belikan sorang 1 makanan,x kenyang2 pulak binatang dalam tu.Suap jek makan ajer pulak..

Udah abis makanan,badut pun keluar...bergambar la sekejap.Nak masuk dalam kandang tu kena bayar Rm5 seorang,makanan haiwan tu rm1/cup.Bagi sorang 1 nha bagi la sampai puas..
Keesokkannya pulak pagi datang lagik,sebab adam nak masuk pertandingan mewarna.Mama pg berdia jek dgn Adam,x bawak adik2 pun sebab panas sangat cuaca takut adik2 x bole tunggu lama kan.
Pertandingan mewarna ni untuk umur 5y - 10y sahaja.Bayaran Rm5/seorang.Duit bayaran tu mereka agihkan beri kepada pemenang.


Bermula jam 10.30pagi,ramai jugak peserta.



Sementara tunggu keputusan mereka suruh bergambar dulu.

Adam x menang apa2 pun.Semua kemenangan di bolot oleh kanak2 perempuan.Memang yg warna tu lawa2 lah.Perempuan yg warna kan.. mmg lawa lahh...hahaha...


21 April, 2017

Happy Birthday Adinda Mea Marissa yang ke 6 tahun.

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 
21/4/2017 -  ulang tahun kelahiran buat Adinda Mea Marissa Bt. Mazlan yang ke 6. Mama x bercadang pun nak bt apa2 majlis... opah cakap buat la sikit makan2 kita sekeluarga. Ok baiklah.. jatuhnya hari Jumaat,mama pun keje,maka halfday la mama sebab pg mencari kek dinda.
Tahun lepas kita dh buat majlis agak besar kan..jadi thn ni kita slow2 sket lah..hahaha...



Kenapa ada 2 kek?? Tau ada yang tanya... hahaha... sebab makcik sorang tu tergedik2 kata birthday dia jugak.Memang x bole dipujuk lagi,jadi kena beli la 2.....tq atuk & opah sponsor kek & kfc ... x sempat la mama nak cr kek frozen dinda oi...

Ni cik mia yg belikan... tq cik mia....

Ni nha budak yg fefeling birthday dia jugak hari ni....hahaha....

Buat kakak dinda..selamat hari lahir.. semoga kakak beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.Semoga kakak menjadi anak yg solehah....
Dah besar kakak..rasa mama mcm baru lagi lahirkan kakak.... ❤️❤️❤️

19 April, 2017

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون              

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه  
Sudah lebih kurang seminggu abah mertuaku pergi mengadap ilahi...


Beliau pergi pada 10/4/2017 jam 6.43ptg sewaktu tengah buat dialisis..Sangat terkejut kami...masa abah buat dialisis tu abah mmg dah warded,sebab batuk2 yang berpanjangan..




 Ramai jua orang yg hadir pada malam selepas abah balik ke rumah...terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam pengkebumian arwah abah pada hari itu..

Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan serta ucapan takziah..x mampu nak balas 1 persatu...

Abah,selamat jalan..damailah di kau di sana..semoga abah di tempatkan dinkalangan orang2 yang beriman...

  اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن ....

Kamarun Bahrin bin Ahmad Zailan
1947 - 2017
10/4/2017
6.43pm
Kepong,Kuala Lumpur.

SILA TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI YER.... :):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Text Select - Hello Kitty

background