Semalam petang jam 5.30 ptg di Jetty LKIM Chendering, Terengganu kami bertolak ke laut untuk aktiviti mencandat sotong...Jadual aktiviti bermula jam 5.30 ptg - 7pagi esok. Bertolak untuk ke tempat candat memakan masa dalam 1jam lebih..cuaca sangat baik, bulan mengambang dengan cerahnya...
Suasana di jetty untuk pergi mencandat..Orang sangat ramai..masing2 x sabar nak pg..termasuklah aku kan..hahahahaha...
Sementara menunggu turn untuk naik bot, aku berjalan ke jetty sebelah sinun..melihat nelayan turunkan ikan2.Mereka ni pg ke laut 10ari tau..bawak balik ikan banyak giler..beratur2 penjual2 dr pasar kot nak beli ikan dari nelayan2 ni.
Si addin memang x sabar2 dah tu..berapa hari dah dia asyik menghitung hari jek untuk pergi mencandat neh...
1st time aku tgk sotong naik ke darat, warna putih jernih transparent nampak segala tulang ngn telur dia..geram...selama ni tgk kt tv jek.semalam dapat la tgk depan2...mmg cantik..lepas beberapa jam tu baru la dia bertukar warna..menggeletek sotong tu naik ke darat.sebelum tu dia kasi 1-2 semburan..kekekeke....
Jam 3.30 pagi dh selamat aku sampai ke jetty.aku mabok teruk wei muntah2 pening2..apa pun x lalu.kalah mabok pregnant.cakap kt papa..nak balik kalau ok.1 bot dgn kami ada couple.tanya mereka dia pun ok nak balik..maka balik la kami...masa tu pun dh penuh sotong dlm ice box..jd xder la balik dgn harapan yg hampa...hiksssss...
Malam ini aktiviti kita membakar sotong. Manis giler sotong ni wei..sedap!!
Kalau d tanya..mahu lagi ke pergi mencandat??aku jawap x mahu la wei..aku x leh lawan mabuk laut tu..giler mabok..muntah lebey 6x..nak dekat 10x pun ada kot....nasib baik pg dgn hubby...dia jugak kuat..sikit pun x mabok.tido pun x..
Satu pengalaman yg x dapat di lupakan.memang best..tapi mabokkkkk....pg la wei sapa yg berminat tu..kekekke ...
No comments:
Post a Comment