29 July, 2015

Kenapa GDEX Kajang macam ni???

Assalamualaikum....

Aku ni memang geram betul la dgn service Gdex ni...setiap kali hokeh......aku biasa dgn area kajang..Gdex lain aku x pasti la kan....kalau aku mmg x guna la kan pos barang2 customer guna Gdex.ni customer return barang kt aku...


Hallooooo driver...apa masalah yer??no hp kan ada???x bole call ke tanya?x bole call ke tanya??kurier lain termasuk poslaju elok jek jupe..mcmana ko sampai 2 hari x bole jupe?sebelum nak dtg tu apa salahnya call dr office ke tanya kt mana tempat aku neh....kalau dh sayang sangat  top up/bill hp ko untuk call Aku.Lagi satu..aku ni pun dh 2 ari gak call gdex,apsal susah sangat nak dapat nha? Call Hq langsung x membantu... Adeh....tutup jek la wei gdex oi!!

24 July, 2015

Eagle Ranch,Port Dickson.

Assalamualaikum...

Raya ke5 ari tu baru papa ada cuti..makanya semalam la kami kenPort Dickson.plan pun last minit,kesian kt kanak2 ni dh pandai bertanya kenapa kita x pergi beraya dan jalan2 mama?lagik2 balik kg.oh sayu nya mama dgr soalan2 itu...pk pk..ok la mama n papa bawak pg pd.tapi pun dah petang jugak sampai sana,dah nak maghrib pun...


Ini pintu masuk ke Eagle Ranch..tempat ni kalau ikt jalan dr Teluk Kemang agak jauh la jugak.Tapi skrg dia dah ada highway bukak bole potong jalan ke sini terus sampai ke Eagle Ranch.Nama highway tu aku lupa..hiksss...



Sementara papa pg cek in..mama p kerah kanak2 untuk bergambar..kekeke..sebelum malam kan cepat2....



Gasak laaaa..kanak2 agak teruja..sebab masa masuk2 jek kawasan ni mereka nampak chalet yg nama Tipee tu..mereka kata mcm tempat koboi..yer la ada sket2 kan...

Mama & kanak2...oh chubby sungguh aih!!




Inilah bilik kami...kami memilih Ban Wagon punya style..bilik ni x besar mana pun..agak kecik jugak untuk kami anak beranak...bilik ni ada connecting room...eee pengalaman pahit semalam d sini...kasut kami laki bini hilang sebelah2...x tau la keje manusia atau kerja anjing..sebab malam tu ada terdengar bunyi anjing,tapi bunyi tu jauh2...nasib la kasut anak2 ada..kasut mereka kasut baru..x sangka pulak bole jd mcm ni d dalam kawasan kan..beritahu management agak slow amik tindakan....



lepas tu pulak..ulat gonggok banyak sangat ah! Kt luar tahan lagik..ni sampai dalam bilik...hahahaha..budak2 ngelupur dah..sama la dgn mak budak sekali...

Si addin suka la melayan ulat2 spesis ulat gonggok ni..tapi bila sampai dah masuk  dlm bilik dia pun jd takut nak tido..yer la takut kan..takut masuk telinga..oh tidak!!

Esoknya tu mcm bosan jek kanak2 ni...nak pg bfast adinda sama addina tido lagik..makanya papa la yg bawak hero2...gambar x bp nak banyak...mcm sayup2 jek perasaan lepas kasut hilang tu....balik berkaki hayam la mama!! Papa nasib ada kasut spare pulak! 

Untuk ulangan kali ke2..kalau saja2 mmg x pg la lagik kot..melainkan kalau kena join teambuilding...sini meriah untuk teambuilding......

Apa pun 1 pengalaman yg indah sekali yg x bisa dirasai dalam hidup ini...kehkehkeh...


23 July, 2015

Salam Aidilfitri 2015

Assalamualaikum......

Raya tahun ni kami beraya di KL sahaja..papa keje,hari raya ke5 baru dpt coti...1st pagi raya beraya di umah atuk & opah dulu,lepas tu baru la ke umh mertua/atuk & nenek di kepong...

Taraaaaa...kami di pagi raya..ya ampun..nak amik gambar family ni susah sangat hokey...kanak2 sorang mcm tu sorang mcm ni...kekeke..apa pun ni dh terbaik ku rasa.....




Macam2 gaya la nak suh budak2 ni bergambar...apa pun kakak dinda jugak cool kan...kekeke...

Papa & mama 4A's...wah!! Chubby nya!! Hahahahaha...

Inilah kami 1 family...cik nuun sahaja xder dia beraya di Johor tahun ni....x besar mana pun family ni...mama 3 beradik jek... Harapkan cucu atuk opah ni la yg meramaikan dan mengecohkan keadaan..kekeeke..

Start dah....masing2 dgn duit raya masing2..tapi lepas tu senyap2..duit raya adinda & addina kena amik..hahaha...

Eh dinda ni...dia kalau dh pegang hp dia mmg ajak org berselfie ajer lah...sampai la hp tu abeh bateri...

Mummy & daddy to be...x sabar nak tunggu baby ni keluar..dh lama rsnya x pegang baby...bahahaha...poyosss btol la ko illa!!

Sebelum ke kepong isi perut dulu....

Addin,adam & haikal...dah sampai umah atuk kepong....

Senyum manjang dh jupe geng..yer la kt umh atuk opah xder sapa..mereka jek...kt umh atuk nenek jupe la sepupu2 mereka...


Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin!!

13 July, 2015

Jom Sahur Bersama Horlicks...

Assalamualaikum....


 

Muka budak bangun sahur mama paksa senyum..kekekeke...kenapa mesti amik gambar mama lewat-lewat pagi ni??sahur ni addin makan roti boom sama minuman Horlicks original malt.

Pengalaman berpuasa dan bersahur dengan 2 orang anak lelaki ku ini adalah sangat mencabar,kerana mereka jugak agak liat untuk bangun bersahur,kekekekeke..Biasanya mereka juga akan bersahur dgn nasi atau roti serta secawan horlicks yang kadangkala di campur dengan oat..Horlicks tu pulak kena buat betul - betul suam tau, baru la nak mereka minum lak tu.kalau panas sangat marah...jd buatkan suam - suam dengan keadaan mata yang bukak x berapa nak besar..mengantuk kan bangun sahur..tambah plak kalau tidur lambat..hikssss..Perasa original  Malt adalah kegemaran mereka.


 Tahu x Horlicks??sedap kan horlicks ni....lagik - lagik kalau diminum di waktu tengah panas - panas kan....

meh nak cerita.........


Horlicks ®, merupakan minuman nutrisi yang diperbuat daripada gandum, susu dan malted barli. Ia membekalkan 23 vitamin dan mineral untuk satu khasiat yang sihat seharian untuk seisi keluarga. Horlicks juga mempunyai warisan pemakanan yang kukuh dan disokong oleh bukti saintifik yang menarik di dalam pembentukan syarikat minuman malt klasik.
 
Kali ini, kempen Ramadhan bersama horlicks adalah satu inisiatif yang dibuat bertujuan untuk mendidik ibu bapa dan anak-anak mereka tentang kepentingan dan keseimbangan yang betul antara nutrien untuk memulakan hari mereka dengan pemakanan Sahur yang berkhasiat.

 Ibu dan bapa berperanan  mendidik  anak - anak mereka kerana melalui pertumbuhan yang pesat dan proses pembangunan. Di samping itu, ia adalah penting untuk kanak-kanak mengambil makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran yang sempurna.Jadi, jangan lupa bancuh secawan Horlicks sewaktu bersahur... hihihihih. Horlicks juga telah diadun dengan Multivitamin dan makronutrien yang diperlukan oleh kanak - kanak untuk sentiasa bertenaga sepanjang masa.


 Tahukah anda, Horlicks mengandungi 23 nutrien  yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan yang meliputi vitamin dan mineral, kebaikan semulajadi susu, serat, malted barli dan gandum.Horlicks juga  telah diadun dengan Multivitamin dan makronutrien seperti kalsium dan Vitamin D yang diperlukan oleh kanak - kanak untuk senantiasa bertenaga di sepanjang bulan Ramadhan.Vitamin D adalah nutrien penting yang menggalakkan menyerapan kalsium, terutamanya semasa kanak-kanak yang sedang membesar.


 Bercakap tentang resipi pula,sempena bulan Ramadhan ni, dr horlicks jugak kita leh buat kuih raya tau..lagi sedap wei kalau guna horlicks..manis - manis gitu... hiihihihih..

Taraaaaaa....


Ini lah hasil kuih raya yg dibuat disaluti dengan Horlicks..bubuh selagik banyak horlicks ni sedap oh!!

Selain itu..boleh jugak kita ikut resepi kuih yg ada disini...


Untuk pengetahuan semua, Horlicks Malaysia akan mengadakan pertandingan #HorlicksRamadan yang bermula pada 18 Jun hingga 16 Julai 2015. Anda semua di jemput untuk sertai pertandingan ini..jom la beramai2 sertainya...

caranya :-
  • anda semua kena letak Hashtag tau.. hashtagnya ialah #SahurdenganHorlicks.
  • Buatibu/mama/mummy/Bonda/emak, anda boleh jugak kalau nak berkongsi pengalaman bersahur bersama anak - anak dengan horlicks.
  • 5 pemenang akan dipilih, dan mendapat bekalan Holicks selama setahun.


Harap maklum yer....Horlicks tidak mengandungi sebarang perisa buatan, warna, pengawet atau pemanis.
Bersahurlah dengan Horlicks yang kaya dengan Asid Folik dan Vitamin B12 untuk membantu dalam perkembangan dan penjanaan sel-sel mereka.








SILA TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI YER.... :):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Text Select - Hello Kitty

background