klik..klik..

16 November, 2015

Strawberry Park - GH - Kuala Gandah -GH.

Assalamualaikum...

Weekend lepas,saja bawak anak2 naik Genting Highlands...tujuan utama konon nak p Kuala Gandah..makanya menginap kami di Genting View Resort.Itu pun teragak2 nak pergi sebab ada kejadian tanah runtuh kan,jadi x cakap pun dengan mereka nak ke sana,takut mengharap pulak kang.Budak2 kan bukan paham..

Sampai2 terus kesini sementara nak menunggu masa untuk cek in apartment kami..tempat ni pun dekat dgn tempat menginap kami.




Gigih la mama n bibik melayan addin dan adinda yg nak petik tosberry..kekeke..kt genting ni Rm8 = 100gm.

Sedang giat memetik tosberry mereka.

Yang dah masak gemuk2 boley tahan jugak,cuma nya x berapa nak manis la.tapi adinda boley jek telan.kekekeke...

Dapat lah 2 bekas..1 bekas dah di abiskan adinda..1lagi nak bagi cik nuun dia katanya..

Lepas ke strawberry park terus ke apartment untuk cek in..makan2 dulu baru masuk aparment..

View dari apartment kami.sangat sejuk....

Makcik ni dh bersiap..dia mmg x tau la nak kemana kan..yg dia tau tempat sejuk...ahahaha....



Sampai atas..wah mama..wah mama..tu jek la dia leh cakap...selain mintak nak naik kete kt atas2 tu..



Excited la jugak kan..walaupun naik menda ni ajer..kekekeke....


Keesokkannya pula,lepas dapat khabar katanya jalan dah dibuka semula pagi2 lagi kami dh keluar untuk ke kuala gandah.

Ini gambar masa nak pergi,keadaan jalan masih clear lagik..

Tengok real keadaan sebenar mmg menyeramkan..Memang patut la mereka tutup jalan.

Alhamdulilah...lebey kurang jam 10.40am,kami sampai di Kuala Gandah dengan batuan gps ni nha..almaklomla x pernah sampai kan..hiksss....


Sementara papa p daftar masuk kami bergambaq dulu.Nak masuk Kuala Gandah x perlu apa2 bayaran pun,cuma perlu beritau datang berapa orang.

Perjalanan masuk ke kuala gandah.Oh!! Sangat cantik kuala gandah ni.Kawasan yg memang di jaga rapi.


Masa kami sampai,gajah2 ni baru keluar untuk bt pertunjukkan..Besar2 semuanya...

Ehem..ehem...bibik sama adinda..adam tolong amikkan gambaq bibik...kekekeke..

Gajah2 ni lapar betul..hulur tangan pun dia jadi gak..


Adam & addin berani2 takut jek nak bagi gajah tu makan..ahahaha..

Gajah ni mmg kelaparan sungguh..banyak jugak adam addin bagi tebu pada dia..

Dah addin jom balik la..masa kami pergi aktiviti mandikan gajah tiada..sebab kata mereka air sungai terlalu tinggi.

Ok..inshallah ada rezeki sampai la lagik kami ke sini.


Lepas ke kuala gandah,kami terus balik semua ke genting...menginap di genting kan..kekekeke..sampai sana agak awal juga..makanya naik lagi kami ke atas naik cable car pula.


Kali ke2 nak naik genting opah dah sampai...semalam nya tu opah sampai dh petang jugak....


Oh anakku!!






Kabus sangat kuat.Alhamdulilah masa naik turun cuaca sangat cantik...mmg sejuk sangat.malam baru hujan.









Naik atas..duduk2 sama atuk opah..amik gambar ok dah jom balik..kekekeke...


Abeh hati dh dia ni dapat naik cable car.Dulu naik addin kecik lagik..sekarang dh besar..dah paham..dh pandai buat permintaan...ok addin nanti thn depan pulak la datang..genting banyak tgh buat renovation....


3 comments:

juelee said...

tak pernah p kuala gandah.. nnt leh diusulkan la.... anak2 ko bergaya ha ensem lawa seme.. hihi

-iLLa- said...

nanti p la..aku pun 1st time pg neh..kekeke ikt gps...

mama ila said...

bestkan gi Genting...hihi..tapi outdoor punya still under renovation lagi kan..kalau dah siap nanti lagi best...

SILA TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI YER.... :):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Text Select - Hello Kitty

background